PPIM syor sijil halal ikut tulisan bangsa pemilik produk

Maamor (dua dari kiri) menunjukkan logo halal yang menggunakan bahasa lain selain daripada tulisan jawi di satu sidang media di sini hari ini.
Maamor (dua dari kiri) menunjukkan logo halal yang menggunakan bahasa lain selain daripada tulisan jawi di satu sidang media di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Maamor Osman berkata, cadangan itu dibuat berikutan beberapa pihak yang enggan menerima tulisan tersebut.

"Tak suka Jawi tidak mengapa jadi kita ikut. Kita mula dengan logo halal kalau tidak mahu (jawi) jangan guna langsung.

"Berapa banyak produk yang digunakan orang bukan Islam menggunakan tulisan jawi dan dalam dalam akta perihal dagangan perkara ini mengelirukan pengguna.

"Pengguna perlu dapat maklumat tepat dan kita minta hak kita, jika nak demikian biar menyeluruh.

"Kita cadang Jakim nanti kalau keluar sijil halal, kalau pemilik bukan Islam keluar tulisan ikut bangsa mereka supaya pengguna boleh membuat pilihan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Dalam pada itu, Dr Maamor turut memberi contoh seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam bertujuan untuk mengelirukan pembeli Islam kononnya makanan itu halal.

Artikel Berkaitan:

“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.

“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya