Isu Lynas perlu dibahas secara saintifik bukan politik: Hadi

No Image Caption
A
A
A

MARANG - Pas meminta agar isu Lynas dibahaskan secara saintifik dan bukannya dijadikan polemik politik.

Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau kesal kerana perkara itu lebih dibincangkan kepada kepentingan politik.

"Sebenarnya saya sedang mendapat maklumat awal daripada pakar tentang Lynas ini. Isu ini perlu ditangani secara saintifik bukan secara politik.

Orang ramai bersalam dengan Abdul Hadi selepas beliau selesai menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila pagi tadi.
Orang ramai bersalam dengan Abdul Hadi selepas beliau selesai menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila pagi tadi.

"Tapi banyak yang nak secara politik. Maka sebab itu kita perlu mendengar (pandangan) pakar dan saintis bukan mendengar cakap ahli politik yang tunjuk pandai.

"Ahli politik yang dalam bidang kewangan tidak boleh bercakap tentang Lynas. Tentang ekonomi Lynas itu dia boleh bercakaplah. Tentang bahan itu, bahan ini kena saintis yang bercakap tentang itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media di kediamannya selepas selesai menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Marang itu meminta kerajaan memberi syarat dan pemantauan yang ketat supaya tidak berlaku pencemaran tanah, sungai dan laut namun bukan dengan menyekat Lynas.

Artikel Berkaitan:

"Yang kedua ialah supaya dengar hujah saintifik. Hujah awal saya dah dengar dan saya harap kerajaan juga dengar hujah saintifik bukan dengar (hujah) politik sahaja," katanya.