Trump 'sindir' Greenland

Gambar Trump Tower yang dibina di kawasan perkampungan kecil di pulau terbesar di dunia itu dikongsi Presiden AS terbabit menerusi Twitter.
Gambar Trump Tower yang dibina di kawasan perkampungan kecil di pulau terbesar di dunia itu dikongsi Presiden AS terbabit menerusi Twitter.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump cuba berjenaka tentang ideanya untuk membeli Greenland dari Denmark.

Menerusi Twitter, jutawan hartanah terbabit berkongsi gambar Trump Tower dibina di kawasan perkampungan kecil di wilayah Artik terbabit.

"Saya janji tidak akan lakukan ini pada Greenland!" katanya dalam nada berbaur sindiran.

Ahad lalu, Trump turut mengakui bahawa beliau berminat secara strategik dengan perjanjian seumpama itu, namun ia bukan keutamaan di bawah pentadbirannya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menegaskan Greenland bukan untuk dijual dan idea Trump itu adalah tidak masuk akal.

Menurut Frederiksen, beliau berharap rancangan itu bukan satu perkara yang dimaksudkan secara serius. - Agensi

Artikel Berkaitan: