Lampard harap sokongan peminat

Lampard - Foto AP
Lampard - Foto AP
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard mengharapkan peminat terus memberikan sokongan kepadanya selepas The Blues terus gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.

Menentang Leicester City dalam saingan di Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge kelmarin, skuad kendaliannya hanya mampu seri 1-1 sekali gus menjadi antara rekod buruk buat kelab gergasi itu.

Lampard juga menjadi pengurus kedua yang gagal membawa pasukan memenangi tiga perlawanan awal selepas Rafael Benitez pada musim 2012/13.

Justeru, Lampard mengharapkan peminat terus memberikan peluang kepadanya untuk cuba membawa pasukan kembali berada di landasan kemenangan.

"Stamford Bridge ini adalah rumah saya dan saya sangat mengharapkan sokongan peminat. Ini juga adalah kelab saya dan saya bermain di sini sejak sekian lama dan sedikit kecewa tidak menang. Tetapi saya berterima kasih kepada penyokong.

"Kami memulakan liga dengan sukar kerana perlu menentang Manchester United dan kalah di Piala Super UEFA di tangan Liverpool walaupun kami bermain dengan baik.

"Kami percaya akan mampu bangkit dalam perlawanan seterusnya menentang Norwich City. Kami memerlukan masa untuk kembali bangkit," katanya.

Dalam perlawanan itu, Chelsea terlebih dahulu membuka jaringan melalui Mason Mount pada minit ke-7 sebelum disamakan Wilfred Ndidi pada minit ke-67.

Artikel Berkaitan: