Aksi tidak konsisten Felda United bawa padah

Pemain Melaka Luka Milunovic (dua, kanan) kegembiraan selepas menjaringkan gol kedua ketika menentang Felda United pada perlawanan Piala Malaysia 2019 di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) malam tadi. - Foto Bernama
Pemain Melaka Luka Milunovic (dua, kanan) kegembiraan selepas menjaringkan gol kedua ketika menentang Felda United pada perlawanan Piala Malaysia 2019 di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

PRESTASI skuad Felda United yang tidak konsisten di padang mengundang padah apabila mereka mencatat kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan D kepada Melaka United dengan keputusan 1-3 di Stadium Tun Abdul Razak di sini semalam dalam kempen Piala Malaysia.

Ketua Jurulatihnya, Mohd Nidzam Jamil berkata, kelemahan ketara pasukan kendaliannya itu memberikan peluang kepada Melaka United untuk mengutip tiga mata berharga di tempat lawan.

"Dalam tempoh masa tertentu permainan pada separuh masa pertama dan kedua, saya mendapati ada masanya kita bermain dengan baik dan pada masa tertentu ia menjadi tidak baik.

"Trend lawan mendahului dan kemudiannya kita melakukan 'come back' menjaringkan gol juga sudah menjadi kebiasaan dalam pasukan kami. Ini tidak bagus untuk kami dan perlu mengubahnya," katanya selepas tamat perlawanan.

Menurutnya, terdapat keperluan untuknya membuat perubahan dalam pasukan bagi mencerahkan peluang The Fighter mara lebih jauh pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Beliau berkata setakat ini, melihat mereka mempunyai peluang sebanyak 50 peratus untuk meneruskan kemaraan selepas hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan.

"Saya beruntung kerana pemain menyedari kelemahan mereka dan mereka juga ingin berubah. Apa yang harus dilakukan ialah memperbaikinya dengan meningkatkan latihan untuk perlawanan seterusnya," kata beliau.

Sementara itu, pengendali Melaka United Zainal Abidin Hassan mengakui kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha keras anak buahnya yang beraksi bersungguh-sungguh sepanjang 90 minit perlawanan.

Artikel Berkaitan:

"Ini membuktikan mereka mempunyai kesungguhan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia dan kemenangan ini juga berjaya menggantikan mata kita yang hilang ketika bertemu Selangor sebelum ini.

"Bagi saya peluang setiap pasukan masih terbuka dan kita perlu terus bekerja keras untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Kita tidak boleh cepat selesa dan kita mempunyai tempoh seminggu untuk persiapan aksi akan datang," katanya. - Bernama