DPIM, MBM sepakat gesa ketepi anasir rasis

Shahir (tengah) semasa perbincangan dengan Jufitri Joha baru-baru ini.
Shahir (tengah) semasa perbincangan dengan Jufitri Joha baru-baru ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kematangan berpolitik dan keterbukaan pertubuhan belia membuka satu lembaran baharu kepada kerjasama antara Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Ketua Pemuda​​​​​​​ Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM)​​​, Shahir Adnan berkata, pihaknya telah mengadakan satu perbincangan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan menemui beberapa resolusi berkaitan isu anak muda.

"MBM diwakili oleh Presiden, Jufitri Joha bersetuju dengan sepakat bahawa keamanan dan kestabilan negara penting bagi menjaga keharmonian antara kaum," katanya dalam satu kenyataan bersama.

Beliau berkata, DPIM dan MBM yang mempunyai keanggotaan pelbagai kaum akan menjadi platform kepada kepelbagaian kaum di negara ini.

"DPIM dan MBM menggesa semua pihak mengetepikan anasir rasis yang menggugat keamanan negara.

"Kita juga bersetuju untuk melebarkan, membina dan memperkukuhkan hubungan permuafakatan bersama kerana MBM bertindak menaungi semua anak muda di atas semangat Bangsa Malaysia.

"DPIM dan MBM bersetuju untuk mencari solusi terbaik kepada anak muda berkenaan isu penting yang melibatkan anak muda seperti isu had umur belia, isu undi 18 tahun, belia miskin di bandar dan belia tertindas di luar bandar.

"Kini anak muda mempunyai pilihan yang lebih baik untuk menyuarakan suara dan rintihan mereka. Kami mendengar denyut nadi kalian," katanya.

Artikel Berkaitan: