Ancaman musim sejuk nuklear selama 10 tahun

Letupan nuklear tersebut dijangka membebaskan kira-kira 147 juta tan jelaga ke atmosfera dan 'menghilangkan' cahaya matahari.
Letupan nuklear tersebut dijangka membebaskan kira-kira 147 juta tan jelaga ke atmosfera dan 'menghilangkan' cahaya matahari.
A
A
A

TRENTON - Perang nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia boleh memberi impak besar yang menyebabkan musim sejuk nuklear melanda bumi selama 10 tahun.

Letupan nuklear tersebut dijangka membebaskan kira-kira 147 juta tan jelaga ke atmosfera.

Angin pada lapisan stratosfera akan mengakibatkan butiran pepejal jelaga menyelubungi seluruh bumi dalam tempoh beberapa minggu dan menjana musim sejuk nuklear.

Keadaan itu juga akan 'menghilangkan' cahaya matahari dan awan jelaga tersebut boleh menyebabkan purata suhu permukaan turun sehingga hampir 9 darjah Celsius.

Pakar meramalkan awan jelaga mungkin mengambil masa kira-kira tujuh tahun untuk 'hilang' dan tiga tahun lagi untuk cahaya kembali normal.

Kesan atmosfera perang juga boleh menyaksikan gangguan monsun dan peningkatan ketara dalam keberubahan kitaran El Nino.

Saintis atmosfera di Uniniversity Rutgers di New Jersey, Joshua Coup bersama rakan penyelidik lain membuat simulasi bagaimana iklim akan bertindak balas terhadap perang nuklear yang menyeluruh menggunakan Whole Atmosphere Community Climate Model version 4.

Mereka turut membandingkan penemuan itu dengan satu-satunya model iklim yang komprehensif untuk senario perang atom yang dilakukan Institut Kajian Goddard untuk Kajian Angkasa NASA.

Artikel Berkaitan:

Model baharu itu beroperasi pada resolusi lebih tinggi dan menganggap kesan pada atmosfera sehingga 140 kilometer (km) daripada permukaan bumi atau 60 km lebih tinggi berbanding model NASA.

"Keputusan kedua-dua model itu menunjukkan musim sejuk nuklear boleh berlaku selepas perang nuklear dalam skala besar antara AS dan Rusia," jelas laporan kajian tersebut.

Model resolusi tinggi itu juga meramalkan penurunan suhu lebih besar dan pemendakan global dalam tempoh beberapa tahun pertama selepas serangan nuklear tersebut.

Selain itu, vorteks kutub aliran udara sejuk yang mengelilingi kutub utara akan menghasilkan suhu di atas normal, namun di bawah beku di Artik dan utara Eurasia.

Difahamkan, hasil kajian penuh diterbitkan dalam Journal of Geophysical Research: Atmospheres. - Daily Mail