Jangan ugut wanita PKR: Haniza

Haniza (tengah) bersama wanita PKR pada Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang PKR di Sekolah Kebangsaan Salor hari ini.
Haniza (tengah) bersama wanita PKR pada Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang PKR di Sekolah Kebangsaan Salor hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kepimpinan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, tiada pihak boleh mengugut untuk melucutkan jawatan ketua wanita cabang, hanya kerana tidak berkongsi pendapat dengan mana-mana pemimpin atau ketua cabang.

Ketua Wanita PKR Pusat, Haniza Mohamed Talha berkata, sebagaimana ketika mesyuarat pemilihan lalu, ketua wanita cabang tidak perlu gusar kerana mereka akan dilindungi oleh perlembagaan parti.

Jika ada pihak mengugut mahu memecat mana-mana ketua wanita, beliau berkata, pihak berkenaan akan berdepan tindakan.

“Jangan takut, kita perlu nyatakan pendirian dengan tegas dan jangan biarkan diri kita dipergunakan untuk kepentingan pihak berkenaan.

“Kita sepatutnya bersatu untuk membangunkan negara dan mengukuhkan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada sidang akhbar Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang PKR di Sekolah Kebangsaan Salor hari ini.

Hadir sama Ketua Wanita Negeri, Norhanazalmah Mat Yusoff; Ketua Kominikasi Wanita Negeri, Nor Aniza Rashid dan Ketua Wanita PKR Cabang Rantau Panjang, Khazimah Husin.

Haniza berharap, pemimpin dan ahli akar umbi dapat menjadi penyalur maklumat kepada rakyat dan melawan fitnah yang dilempar di laman sosial ketika ini.

Artikel Berkaitan: