PM 'berat hati' hantar Zakir Naik pulang

Dr Zakir Naik
Dr Zakir Naik
A
A
A

SEPANG - Meskipun ramai pihak mendesak pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India dan status Penduduk Tetap (PR) beliau ditarik, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah ‘berat hati’ untuk berbuat demikian.

Bercakap kepada pemberita di Sepang, hari ini, Dr Mahathir menegaskan kerajaan boleh menarik balik status PR pendakwah tersebut sekiranya benar beliau mengeluarkan kenyataan yang menggugat kesejahteraan negara.

“Buat masa ini, polis masih menyiasat sama ada beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu atau tidak.

“Sudah pasti, sekiranya beliau melakukan perkara tersebut, perlu untuk kita menarik balik status PR beliau.

“Dan sudah pasti kita perlu ambil tindakan untuk mengelakkan beliau mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan persengketaan kaum di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Air Asia di sini petang tadi.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Air Asia X, Tan Sri Rafidah Aziz.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: