Elaun pelatih praktikal kini RM900: Syed Saddiq

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar elaun bagi anak muda yang menjalani latihan praktikal di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan akan dinaikkan daripada RM300 sebulan kepada kira-kira RM900 sebulan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkara itu diputuskan kerajaan dalam mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet anak muda, hari ini.

Katanya, peningkatan kadar elaun lebih tiga kali ganda itu akan mula berkuat kuasa pada 1 September.

“Alhamdulillah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun bagi pelatih praktikal daripada RM1.60 sejam kepada RM5 sejam, iaitu peningkatan lebih 3 kali ganda.

“Sebelum ini bayaran elaun adalah sekitar RM300 sebulan, ia akan dinaikkan kepada kira-kira RM900 sebulan.

“Ini satu penambahbaikan yang sangat bagus. Sebelum ini daripada tiada bayaran langsung kepada RM15 sehari dan sekarang kepada kira-kira RM45 sehari,” katanya melalui video yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya hari ini.

Terdahulu, Syed Saddiq berkata, skim pembayaran kepada pelatih akan dinilai mengikut beberapa kriteria yang akan ditetapkan dan ia akan dilaksanakan bagi kemudahan pelatih.

Artikel Berkaitan: