Apabila kita diuji sakit

JIKA diuji dengan kesakitan, jangan cepat melatah. Sebaliknya terima dengan berlapang dada. -Gambar hiasan
JIKA diuji dengan kesakitan, jangan cepat melatah. Sebaliknya terima dengan berlapang dada. -Gambar hiasan
A
A
A

SIHAT tubuh badan sangat penting untuk kita melayari kehidupan seharian dengan baik.

Apabila kita sihat, bukan sahaja rutin harian dan tanggungjawab dapat dilunaskan dengan sebaiknya, tetapi ibadah juga dapat dilakukan dengan sempurna.

Andai kata nikmat sihat itu ditarik, jangan cepat melatah apabila kita diuji dengan kesakitan.

Sebaliknya belajarlah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana ALLAH SWT sebenarnya mahu menguji sejauhmana kita menerima kesakitan itu sebagai ujian daripada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW: "Tiada seorang Mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati walaupun terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh ALLAH SWT." (Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain, baginda SAW bersabda: "Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya." (Riwayat al-Tabarani)

Di sebalik kesakitan yang ALLAH SWT turunkan kepada kita itu sebenarnya terselit kemanisan.

ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa hamba-Nya yang sakit.

Artikel Berkaitan:

Percayalah setiap sesuatu yang menimpa diri kita, pasti ada penyelesaiannya.

Begitu juga penyakit, meskipun ALLAH menimpakan suatu penyakit tanpa sebab, namun yakinlah bahawa penawarnya pasti ada.

Semoga kita menjadi insan yang tidak lemah apabila diuji dengan kesakitan.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)