Kumpulan pendaki jumpa mayat Nora Anne, tak berani dekati

Nora Anne yang menghidap masalah lembam dilaporkan hilang di resort The Dusun Hill di sini sejak 4 Ogos lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi SAR.
Nora Anne yang menghidap masalah lembam dilaporkan hilang di resort The Dusun Hill di sini sejak 4 Ogos lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi SAR.
A
A
A

SEREMBAN - Sekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne Quoirin, 15, antara yang terawal tiba ke lokasi penemuan mayat gadis Ireland itu sekitar tengah hari semalam.

Menurut wakil kumpulan itu, Kenny Chan, sebelum itu kumpulannya melakukan pencarian melalui laluan sungai sebelum berpecah kepada dua kumpulan.

"Kami berpecah kepada dua kumpulan mengikut arah kiri dan kanan laluan sungai bagi meluaskan pencarian.

"Bagaimanapun, kumpulan yang mengikuti laluan kiri tiba-tiba jumpa mayat itu, tanpa berfikiran panjang kami segera menghubungi polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kenny menegaskan, dia tidak pasti sama ada terdapat pihak lain yang terlebih dahulu menjumpai mayat berkenaan sebelum kumpulannya.

"Kami hanya hubungi polis saja dan hanya melihat mayat itu dari jarak lebih kurang 20 meter susulan tidak berani untuk pergi melihat mayat itu dengan lebih dekat," katanya.

Mayat remaja Ireland itu ditemui pada jam 1.57 petang semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai kira-kira 2.5km dari resort penginapan mereka sekeluarga.
Mayat remaja Ireland itu ditemui pada jam 1.57 petang semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai kira-kira 2.5km dari resort penginapan mereka sekeluarga.

Terdahulu, kumpulan pendaki itu adalah antara sukarelawan yang menyertai operasi SAR Nora Anne.

Artikel Berkaitan:

Nora Anne yang menghidap masalah lembam dilaporkan hilang di resort The Dusun Hill di sini sejak 4 Ogos lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi SAR.

Mayatnya kemudian ditemui pada jam 1.57 petang semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai kira-kira 2.5km dari resort penginapan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, Kenny dan kumpulannya sudah memberi keterangan kepada pihak polis di Balai Polis Pantai semalam.

"Ya keterangan sudah diberikan (kepada pihak polis). Tapi hanya berkenaan perjalanan SAR kami sahaja," katanya.

Manakala hari ini operasi SAR memasuki hari ke-11 diteruskan dengan kekuatan anggota seramai 257 dan operasi ditumpu di kawasan mayat gadis itu ditemui semalam untuk memperoleh petunjuk bagi siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN 10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai

ARTIKEL BERKAITAN Nora Anne teruja lihat air terjun, dedah sukarelawan