Lelaki warga emas terselamat rumah terbakar

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas terselamat apabila sebuah rumah pangsa di Taman Ungku Tun Aminah di sini, yang didudukinya terbakar pagi tadi.

Ng Chee Hon, 63, yang sedang nyenyak tidur seorang diri berikutan dua ahli keluarganya yang lain bercuti di Desaru, Kota Tinggi dikejutkan jiran-jirannya yang menyedari kejadian itu.

Komander operasi kes itu, Pegawai Bomba Kanan II Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.44 pagi.

"Enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dikerahkan ke tempat kejadian.

"Setibanya kami di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah rumah jenis kekal di bahagian ruang tamu berukuran 16x20x9 kaki telah musnah 40 peratus.

"Ketika kejadian mangsa seorang diri. Dua ahli keluarga lain bercuti di Desaru. Mangsa yang tidur di dalam bilik di kejutkan oleh jiran-jiran dan berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: