Pusat penempatan mangsa tsunami sesak

Serantau Muslim menyerahkan bantuan kepada mangsa tsunami. Foto: Media Serantau Muslim
Serantau Muslim menyerahkan bantuan kepada mangsa tsunami. Foto: Media Serantau Muslim
A
A
A

DESA TELUK - BANTEN. Kawasan penempatan sementara yang dibuka di sekitar kawasan Banten, Indonesia sesak dengan mangsa bencana tsunami.

Masjid dan sekolah digunakan tidak dapat menampung kehadiran mereka.

No Image Caption

Ketika kumpulan penyerahan bantuan NGO Serantau Muslim tiba di pusat ini, mangsa menyerbu sukarelawan ini kerana mengharapkan bantuan terutama makanan.

Ketua Misi Kecemasan Serantau Muslim, Shamsul Anwar M Busra berkata, keadaan penempatan mangsa serba kekurangan.

No Image Caption

"Kami sampai terus dikerumuni mangsa-mangsa tsunami yang mengharapkan bantuan.

"Mereka sangat memerlukan bantuan dan lokasi perlindungan di pusat penempatan sementara itu kita lihat serba kekurangan," katanya kepada Sinar Harian selepas melawat beberapa pusat penempatan di Kecamatan Labuan, Banten, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Keadaan rumah penduduk kampung selepas dibadai tsunami. Foto: Media Serantau Muslim
Keadaan rumah penduduk kampung selepas dibadai tsunami. Foto: Media Serantau Muslim

Menurutnya, misi kali ini akan diteruskan ke pusat lain untuk menyerahkan sumbangan seperti beras, minyak, gula, selimut dan alas serta mengenalpasti jenis bantuan sesuai.

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh melayari laman sesawang bantuankecemasan.com.