X

Kindly register in order to view this article
!

Bakso durian jadi 'buruan' peminat raja buah

Helmi menunjukkan bakso durian yang dijual sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (Jualan Anak-beranak) dan Hari Bertemu pelanggan Pejabat FAMA Terengganu di sini semalam.
A
A

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka idea kreatif yang tercetus hasil transformasi menu makanan biasa yang diolah bersama durian berjaya menaikkan produk makanan yang dijual sehingga mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat raja buah.

Permintaan terhadap bakso yang diadun bersama durian cetusan kreatif pengusaha kedai makan di Pasar Tani Kekal (PTK) Fama Nyior Tujuh, Jertih kini semakin meningkat selepas produk makanannya itu mendapat liputan akhbar.

Pemilik gerai makan Ni Dio Abe Pok Mie Bakso, Helmi Abd Rashid, 48, berkata, produk makanan yang dijualnya itu kini mendapat permintaan meluas sehingga ke Sabah dan Sarawak.

"Sebelum ini, nak dapat seorang dua pelanggan pun agak susah. Namun selepas berita mengenai bakso yang saya jual terutama bakso durian mendapat liputan di dada akhbar, jualan meningkat sehingga 45 peratus.

Bakso durian menjadi 'buruan' peminat raja buah.
Bakso durian menjadi 'buruan' peminat raja buah.

"Boleh dikatakan setiap hari gerai bakso saya akan dipenuhi pelanggan. Ada yang datang dari Kuala Lumpur dan Kota Baharu, Kelantan. Tidak kurang juga ada tempahan yang saya terima untuk hantar bakso sejuk beku (frozen) ke Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (Jualan Anak-beranak) dan Hari Bertemu pelanggan Pejabat FAMA Terengganu di sini semalam.

Bekas pekerja sebuah syarikat insurans itu berkata, hidangan makanan berasaskan daging yang diolah bersama durian itu kini makin mendapat tempat di hati pelanggan terutama warga Besut.

"Sejak berniaga pada 2010, tak ramai yang mengenali bakso saya. Kini perniagaan saya makin dikenali dan peminat bakso durian juga makin bertambah terutama dalam kalangan penggemar raja buah.

"Malah ramai juga pelanggan-pelanggan ketika saya menjual bakso di pasar-pasar malam di daerah Besut turut berkunjung ke gerai saya di PTK Fama Nyior Tujuh, Jertih untuk menikmati hidangan bakso durian," katanya yang menjual bakso durian pada harga RM5 hingga RM8 bergantung pada jenis durian.

Terdahulu, idea kreatif bapa kepada empat anak itu mengolah hidangan makanan popular daripada Indonesia, bakso dengan cara baharu dengan memasukkan isi durian mendapat liputan akhbar Sinar Harian.

Hidangan makanan itu baharu diperkenalkan selepas sembilan tahun berkecimpung dalam perniagaan bakso di sekitar daerah Besut, Terengganu.

Selain bakso berisi durian, kuahnya yang diadun bersama 13 jenis rempah juga turut menambat selera pelanggan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!