Tak sempat elak kereta...

Kejadian dipercayai melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong disini. -Foto Facebook
Kejadian dipercayai melibatkan beberapa buah kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong disini. -Foto Facebook
A
A
A

SUBANG - Gara-gara menukar lorong dengan mengejut apabila cuba mengelak kereta lain di hadapan, tiga penunggang motosikal gagal mengawal motosikal mereka lalu merempuh kereta berkenaan dalam kejadian di Lebuhraya Damansara Puchong di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu bagaimanapun berjaya dirakam melalui kamera hadapan sebuah kereta sebelum video tersebut tular di media sosial.

Video berkenaan memaparkan mengenai sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang dilihat mengubah laluan apabila cuba mengelak sebuah kereta lagi di hadapannya.

Bagaimanapun tindakan itu mengakibatkan beberapa buah motosikal merempuh Perodua Myvi tersebut.

Setakat ini nasib beberapa penunggang motosikal yang terlibat dalam kejadian serta pemandu kereta Myvi tersebut masih lagi belum diketahui.

Artikel Berkaitan: