Sweet Qismina kongsi kebaikan Syafie Naswip

Syafie & Sweet Qismina FOTO : INSTAGRAM
Syafie & Sweet Qismina FOTO : INSTAGRAM
A
A
A

KONTROVERSI membabitkan aktor Syafie Naswip yang didakwa menjalinkan hubungan songsang sehingga terlerainya ikatan pertunangan yang baru tiga bulan terjalin mengejutkan ramai.

Bagaimanapun bagi pelakon genit, Sweet Qismina, dia mengenali aktor berusia 27 tahun itu sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan merendah diri.

"Lelaki ini, telah menjadi salah seorang gandingan terbaik yang pernah saya bekerjasama.

"Kami boleh menjadi serasi dalam tempoh yang singkat. Kenapa? Kerana kami boleh duduk berbincang, berkongsi dan bertukar idea. Malah kami mampu boleh mencipta idea apa yang kami mahu lakukan dalam setiap babak.

"Tak rasa malu, tak rasa kekok nak kerja. Saya amat mengagumi dan menghormatinya, lebih-lebih lagi sebaik mengetahui dia adalah anak didik arwah Yasmin Ahmad.

"Ya, dia sangat baik, merendah diri dan tidak berpura-pura," tulisnya di Instagram.

Tambah Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 22, Syafie juga adalah individu yang paling sesuai untuk berbual mengenai industri seni dan sering memberi nasihat kepadanya.

"Dia banyak mengajar saya mengenai dunia lakonan. Sangat susah nak tengok dia mengamuk. Malah dia ajar saya bersabar terutama untuk mencari rezeki dalam industri," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun ujar Sweet, dia tidak mempunyai hak untuk mengulas mengenai kehidupan Syafie walaupun ramai yang bertanya kepadanya.

"Apa yang boleh saya katakan, abang, kalau abang buat silap memang kami maki. Tapi adik tahu, abang tak akan buat sesuatu yang bodoh tanpa alasan kukuh.

"Dan kepada yang lain, kalau dia salah, dia akan bertanggungjawab dan memohon maaf.

"Tapi kalau sebaliknya, anda perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepadanya. Jangan pula bila dah jadi golongan wakaf dosa kemudian buat bodoh pulak okay?" akhirinya sambil mengucapkan selamat hari lahir buat Syafie.