Amira Othman buka hati cari pasangan

A
A
A

PENYANYI, Amira Othman, 25, berkata, dia sudah bersedia untuk mempunyai teman istimewa dalam hidupnya bermula tahun depan.

Kata penyanyi popular Mimpi Indah, sehingga kini dia masih belum mempunyai kekasih hati, namun memandangkan usia 27 tahun semakin menghampiri, dia tekad dengan keputusan itu.

"Seperti sedia maklum, saya memang ada target yang mana bila umur 27 tahun nanti nak tamatkan zaman solo.

"Tapi nampaknya sekarang ini pun masih solo lagi. Cuma berkawan itu ada lah. Justeru, saya pastikan tahun depan akan ada teman istimewa," ujarnya kepada mStar Online.



Sementelah, Amira berharap bakal kekasihnya itu nanti seorang yang memahami kerjayanya.

"Dalam pada itu, saya harap dia seorang yang memahami kerjaya seni saya dan kalau boleh, biarlah yang bukan dari bidang seni," katanya lagi.

Mengenai perkembangan kerjaya nyanyian, pelantun lagu Hati-Hati ini bakal keluar dengan single duet bersama adiknya, Irfan Haris, yang dijangkakan pada tahun depan.