Lif terhempas: Tidak akan ada 'cover-up' - Khalid

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengibarkan Jalur Gemilang sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (tiga, kiri) dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim (depan dua, kanan) semasa Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Putrajaya sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Dataran Putrajaya hari ini. Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan siasatan menyeluruh dibuat bagi mencari punca sebenar insiden lif jatuh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuai dalam kes itu.

"Kita kena tunggu hasil siasatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta kilang pembekal lif itu untuk kita dapatkan penjelasan bagaimana perkara sebegini (lif jatuh) boleh berlaku.

"Sedangkan rekaan lif (di PPR Kerinchi) merupakan satu rekaan yang tidak memungkinkan ia berlaku (lif boleh jatuh)," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Car Free Hour di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Khalid mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Khalid mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Khalid berkata, beliau difahamkan siasatan awal mendapati lif tersebut diselengggera mengikut jadual dan tidak terlalu 'tua' hingga boleh menyebabkan kejadian tidak diingini itu berlaku.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar kontraktor penyelenggaraan lif di semua PPR di bawah kementeriannya membawa bersama wakil JKKP ketika pemeriksaan pada setiap bulan, Khalid berkata sistem penyelenggaraan yang dilaksanakan merupakan satu sistem bersama yang turut melibatkan DOSH dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).

"Kontraktor yang dibenarkan membuat penyelenggaraan juga disijilkan oleh DOSH dan JKKP. Ia bukan perkara yang pandai-pandai buat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Khalid juga turut diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kira-kira 6,000 lif tidak memiliki Sijil Perakuan Kelayakan (CF) di Kuala Lumpur dan Putrajaya, katanya beliau tidak pasti jumlah yang banyak itu hanya melibatkan PPR sahaja atau sebaliknya.

"Apa yang dimaklumkan PPR Kerinchi, itu ada sijil dan disahkan DOSH. Itu merupakan maklumat bagi saya.

"Kalau PPR kita tidak sampai 6,000 lif. Kalau ia (laporan) maksudkan dengan bersama lif-lif dalam bangunan swasta, itu saya tidak tahu," katanya.

Khalid mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Putrajaya di sini hari ini.