Duterte perkecil Cory Aquino selepas 10 tahun kematian beliau

Rodrigo Duterte (kiri) menyifatkan Corazon Aquino sebagai tidak cekap sepanjang menjadi Presiden dan hanya terkenal selepas suaminya, Ninoy Aquino dibunuh.
Rodrigo Duterte (kiri) menyifatkan Corazon Aquino sebagai tidak cekap sepanjang menjadi Presiden dan hanya terkenal selepas suaminya, Ninoy Aquino dibunuh.
A
A
A

MANILA - Tiada kata-kata manis keluar daripada mulut Presiden Rodrigo Duterte sehari selepas Filipina menyambut ulang tahun kematian ke-10, ikon demokrasi Corazon 'Cory' Aquino.

Duterte yang terkenal dengan mulut celuparnya, sebaliknya memperkecilkan bekas Presiden itu dan mendakwa Cory Aquino hanya terkenal dan dipilih sebagai Presiden ke-11 negara itu selepas kehilangan suaminya, Ninoy Aquino.

"Cory Aquino sangat terkenal sehingga ke hari ini. Kenapa? Sebab semua orang bersimpati dengannya selepas suami, Ninoy Aquino dibunuh oleh Ferdinand Marcos," kata Duterte.

Beliau turut menuduh, Cory Aquino tidak cekap sepanjang menjadi ketua kerajaan dan melakukan pelbagai penyelewengan yang memberi keuntungan kepada keluarganya.

"Cory Aquino mungkin telah membawa Filipina kembali ke demokrasi, tetapi dia sebenarnya seorang diktator.

"Dia mengisytiharkan reformasi tanah untuk seluruh Filipina tetapi mengecualikan ladang dan estet gula milik keluarganya.

"Ia tidak masuk akal dan tiada siapa berani mempersoalkan perkara itu semasa era pemerintahannya," ujar Duterte.

Ninoy Aquino dibunuh tentera dan polis pro-Marcos di lapangan terbang Manila pada 1983 ketika cuba kembali daripada hidup dalam buangan di Amerika Syarikat untuk mengetuai bantahan terhadap diktator itu.

Artikel Berkaitan:

Kemarahan penduduk berhubung pembunuhan mencetuskan api revolusi yang diketuai Cory Aquino.

Cory Aquino meninggal dunia ketika berusia 76 tahun pada 2009 selepas menderita kanser kolon. - Agensi