Tergamak rompak warga Rohingya

Suffian Sulaiman
Suffian Sulaiman
A
A
A
KUALA TERENGGANU - Seorang warga Rohingya terpaksa menanggung kerugian apabila sebuah motosikal dan wang tunai RM700 dilarikan dua lelaki yang menyamar polis, dalam kejadian berhampiran sebuah masjid di bandar raya ini, kelmarin.

Lelaki berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh itu kehilangan barang berharga miliknya selepas menjadi mangsa peras ugut dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa yang ketika itu berada di belakang bangunan kedai berhampiran masjid berkenaan dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

"Kedua-dua suspek yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis terus meminta mangsa menunjukkan lesen memandu kononnya untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun, mangsa memaklumkan yang dia tidak mempunyai lesen memandu sebelum kedua-duanya meminta mangsa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit jenis Oppo miliknya.
Artikel Berkaitan:


"Mangsa yang ketakutan akur dengan arahan diberikan dengan menyerahkan wang tunai dan telefon bimbitnya seperti diminta suspek," katanya.

Turut dilarikan suspek, motosikal milik kawan mangsa yang dipinjam untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.