Bayi perempuan bertali pusat ditemui di kilang

Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di atas zink tempat longgokan kayu di kilang di Bakri Batu 6.
Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di atas zink tempat longgokan kayu di kilang di Bakri Batu 6.
A
A
A

BAKRI - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut kain berwarna biru gelap ditemui di hadapan sebuah kilang di Jalan Kebun Sayur, Bakri Batu 6 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh pengusaha kilang di atas longgokan kayu di hadapan kilang miliknya.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, pihak polis menerima panggilan berhubung penemuan bayi malang yang diletakkan di atas zink berkenaan bagi menutup longgokan kayu itu.

Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di atas zink tempat longgokan kayu diselamatkan oleh kakitangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, pagi tadi.
Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di atas zink tempat longgokan kayu diselamatkan oleh kakitangan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, pagi tadi.

“Bayi berkenaan telah diselamatkan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) oleh ambulans pada jam 9.15 pagi tadi.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: