Lima warga Bangladesh didakwa lacurkan rakan senegara

Lima warga Bangladesh dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 11 pertuduhan memperdagangkan rakan senegara bagi tujuan pelacuran.
A
A

KUALA LUMPUR - Lima warga Bangladesh dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 11 pertuduhan memperdagangkan rakan senegara bagi tujuan pelacuran di sekitar ibu kota sejak awal bulan lalu.

Md Kabir, 37; Md Razon Ahmed, 22; Pranto Pik, 23; Abu Bakar Siddique, 20; dan Selina Begum, 39; mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad dan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan yang diterjemahkan ke bahasa Urdu, mereka bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan mencapai niat bersama telah memperdagangkan 11 mangsa berusia 20 hingga 40 tahun bagi maksud eksploitasi seks.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dua buah premis berbeza di Jalan Yap Ah Loy dan Jalan Hang Lekiu pada pukul 10.40 pagi, 4 Julai lalu.

Tertuduh dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 11 pertuduhan memperdagangkan rakan senegara bagi tujuan pelacuran.
Tertuduh dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas 11 pertuduhan memperdagangkan rakan senegara bagi tujuan pelacuran.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara 15 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Kirubini tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan mereka merupakan warga asing.

Kesemua tertuduh lelaki diwakili peguam P. Muniswer tidak membuat sebarang bantahan berhubung tidak ditawarkan jaminan.

Bagaimanapun, Selena Begum tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos sebagai sebutan semula kes.