Jangan stres mengenai perkara remeh-temeh

No Image Caption
A
A
A

“SAYA streslah!” “Macam mana nak atasi stres ni ya?” Itu adalah antara isu yang kerap kita dengar. Dalam keadaan sekarang stres bukan hanya membelenggu orang dewasa, budak kecil pun sama.

Apabila kehendak mereka disekat, belajar dan bermain mesti ikut jadual, maka timbullah stres dan mereka akan bertindak yang bukan-bukan sehingga mencabar tahap emosi ibu bapa.

Stres boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kesihatan, minda jadi tidak stabil, hormon dalam badan juga sudah mula kucar-kacir. Paling menakutkan gara-gara stres manusia boleh membunuh atau bunuh diri!

Fakta ini semua orang sudah tahu. Tetapi kenapa manusia sukar hendak mengawal stres. Baru sedikit ditegur bos, sudah kemurungan berminggu-minggu. Suami balik lewat lima minit sudah mula menyoal mengalahkan polis dan hakim! Pantang kena sound atau tak diberi main telefon, anak-anak dah pandai membentak-bentak.

Memang hati rasa 'sakit', tetapi hidup perlu diteruskan. Jika perkara yang kecil dan remeh-temeh tidak mampu dihadapi, bagaimana mereka yang kehilangan kerja, dikejar bank atau ah long.

Ramai juga kawan-kawan yang bertanya, apa resipi Merak Jalanan menahan diri daripada stres. Merak Jalanan hanya mampu tersenyum. Memang ada orang boleh stres hanya kerana terhidu bau yang busuk, bunyi yang kuat termasuk mendengar kata-kata yang kesat.

Jangan terkejut, ada yang alami stres ketika menonton drama atau wayang. Hanya kerana geram dengan watak-watak yang ditonton, ada yang emosi dan marah-marah. Akhirnya, saat menonton apa yang sepatutnya relaks dan enjoy, bertukar menjadi drama yang menyakitkan hati.

Jadi, apa yang Merak Jalanan nak sampaikan, secara logiknya tidak ada manusia yang sempurna, tidak ada yang maksum! Amat mustahil seseorang itu tidak alami stres. Tahap stres yang dihadapi seseorang juga berbeza-beza mengikut beban tekanan dihadapi. Apa yang penting macam mana cara kita mengawal diri.

Artikel Berkaitan: