Kes bunuh suami isteri: Seorang lagi suspek wanita ditahan

Gambar kecil, Mohd Nor Marzuki
Gambar kecil, Mohd Nor Marzuki
A
A
A

NILAI - Polis menahan seorang lagi suspek wanita bagi membantu siasatan kes bunuh pasangan suami isteri warga emas di sebuah rumah di Taman Desa Melati di Nilai di sini pada 24 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Nor Marzukee Besar berkata, wanita berusia 28 tahun itu adalah individu kelima ditahan selepas polis menahan empat yang lain sebelum ini.

“Tangkapan dilakukan di pekarangan Balai Polis Mantin pada Isnin lalu selepas wanita itu dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak polis. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 5 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, empat suspek yang ditahan reman sebelum ini, akan dibawa ke mahkamah Seremban esok pagi untuk mendapatkan lanjutan tempoh reman.

Terdahulu, kejadian pada 24 Julai lalu, mangsa iaitu bekas jurutera sebuah syarikat swasta, Tan Kim Joo, 73, dan isterinya bekas guru Sekolah Jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Labu, Ng Chong Hwa, 67, ditemui dengan kesan tikaman dan kelar di dalam sebuah rumah yang terbakar, sebelum ditemui pihak bomba.

Berikutan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 dan 45 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan kes penemuan dua mayat tersebut.

Artikel Berkaitan: