IKS gesa wujud OSC bantu pasar produk

Rodziah (dua dari kiri) melawat tapak jualan produk usahawan IKS pada seminar di Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali.
Rodziah (dua dari kiri) melawat tapak jualan produk usahawan IKS pada seminar di Dewan Dato Abdul Hamid, Batang Kali.
A
A
A

BATANG KALI - Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) meminta kerajaan negeri mewujudkan pusat setempat (OSC) di daerah ini bagi mengumpul, mempromosi dan memasarkan produk mereka.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, hasrat tersebut disuarakan kepada beliau agar pihak kerajaan membantu penjanaan ekonomi golongan usahawan dengan efisien.

Menurutnya, usahawan di kawasan luar bandar turut disaran memperluaskan pasaran ke negara Asean dengan kerjasama agensi berkaitan.

"Penubuhan OSC memberi ruang kepada usahawan memperkenalkan produk masing-masing dan mempermudahkan pelanggan.

"Secara tidak langsung mewujudkan jalinan kerjasama dalam kalangan usahawan itu sendiri dan memajukan lagi perniagaan mereka," katanya pada Seminar Keusahawanan IKS Hulu Selangor, semalam.

Majlis perasmian seminar disempurnakan Exco Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Rodziah Ismail.

June Leow berkata, Rodziah berjanji akan berusaha dengan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk mendapatkan lokasi sesuai bagi menubuhkan OSC berkenaan.

Menurutnya, penganjuran seminar itu selari dengan hasrat dan strategi kerajaan dalam memperkasakan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

Artikel Berkaitan: