Pertandingan boling MPP Titiwangsa meriah

Sebahagian penduduk yang menyertai pertandingan boling MPP Zon Titiwangsa di Wangsa Walk.
Sebahagian penduduk yang menyertai pertandingan boling MPP Zon Titiwangsa di Wangsa Walk.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan Zon Titiwangsa menganjurkan pertandingan boling bertempat di Wangsa Walk, Sabtu lalu.

Pengerusi MPP Wilayah Persekutuan zon Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, program rekreasi itu julung kali diadakan selepas lantikan MPP baharu, Januari lalu.

"Program secara santai dan meriah ini melibatkan penyertaan agensi kerajaan, MPP bersama komuniti bertujuan merapatkan ukhuwah dan menjalinkan kerjasama.

"Insya-ALLAH program komuniti akan diteruskan pada masa akan datang. Pada masa terdekat kami merancang program konvoi menyasarkan golongan belia di bulan kemerdekaan," katanya.

Terdahulu, seramai 28 pasukan berentap dalam pertandingan boling itu melibatkan penyertaan agensi kerajaan, jawatankuasa MPP serta komuniti.

Hadiah berbentuk sijil penyertaan dan trofi dibahagikan kepada tiga kategori iaitu agensi kerajaan, terbuka dan individu.

MPP Zon Titiwangsa melibatkan enam sub zon iaitu Desa Pandan, Ampang, Kampung Baru, Keramat, Taman Maaluri, Peel Cochrane.

Artikel Berkaitan: