Harimau Malaya akan pupus jika tiada usaha lindungi: Xavier

Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kiri) yang juga penaung Kempen Selamatkan Harimau Malaya berucap pada majlis sambutan Hari Harimau Sedunia hari ini.
Turut hadir Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar (kanan). - Foto Bernama
Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kiri) yang juga penaung Kempen Selamatkan Harimau Malaya berucap pada majlis sambutan Hari Harimau Sedunia hari ini. Turut hadir Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar (kanan). - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Harimau Malaya akan pupus buat selama-lamanya jika usaha tidak diambil untuk melindungi dan meningkatkan populasinya.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, berdasarkan kepada dapatan awal Survei Harimau Kebangsaan (2016–2020), populasi Harimau Malaya kini kurang daripada 200 ekor.

"Data ini menunjukkan populasi Harimau Malaya berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Pengurangan populasi Harimau Malaya disebabkan beberapa faktor seperti pengurangan kawasan habitat dan keliaran akibat aktiviti pembukaan hutan dan perubahan guna tanah.

"Selain itu, Harimau Malaya juga menjadi sasaran utama aktiviti pemburuan dan perdagangan haram disebabkan permintaannya yang tinggi di pasaran gelap," katanya ketika berucap di majlis sambutan Hari Harimau Sedunia 2019 dan pelancaran Kempen Selamatkan Harimau Malaya 2019-2020 di sini hari ini.

Turut hadir, Penaung Kempen Selamatkan Harimau Malaya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Katanya lagi, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) memandang serius keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup Harimau

Malaya.

"Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh KATS menerusi Jabatan Perhilitan dengan kerjasama kerajaan negeri, agensi-agensi

Artikel Berkaitan:

penguatkuasaan serta NGO.Inisiatif terbaru ialah Kempen Selamatkan Harimau Malaya 2019–2020 untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemuliharaan Harimau Malaya yang diancam kepupusan.

"KATS juga telah mewujudkan Tabung Selamatkan Harimau Malaya sebagai medium untuk semua pihak menyumbang dalam membantu menggerakkan Kempen Selamatkan Harimau Malaya. KATS juga sedang membangunkan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan di Lanchang, Pahang seluas 80 hektar bagi tujuan penyelidikan dan

meliharkan semula Harimau Malaya sebelum dilepaskan di hutan-hutan terpilih," katanya.

Menurutnya, satu operasi penguatkuasaan bersepadu antara Jabatan Perhilitan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut diadakan bagi membanteras pemburu haram hidupan liar.

Sementara itu, Xavier dalam sidang medianya berkata, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 akan dipinda bagi memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pemburu haram.

"Kita mahu akta ini lebih ketat dengan denda ditingkatkan sehingga RM1 juta dan penjara tidak kurang 10 tahun," katanya.