Sangeeta Krishnasamy bakal ke New York Film Academy Isnin ini

Sangeeta Krishnasamy
Sangeeta Krishnasamy
A
A
A

PELAKON Sangeeta Krishnasamy meluahkan rasa teruja bakal terbang ke Amerika Syarikat untuk mengikuti kursus jangka pendek selama sebulan dalam bidang lakonan di New York Film Academy (NYFA), Los Angeles, pada Isnin.

Menyifatkan peluang yang diberikan oleh Finas itu sebagai sesuatu yang cukup bermakna dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon, Sangeeta berjanji untuk melakukan yang terbaik, sekaligus membantu menaikkan industri pada masa akan datang.

“Terima kasih pihak Finas kerana membiayai kursus ini dan memberikan peluang kepada saya untuk menambah ilmu lakonan di NYFA.

No Image Caption

“Apa yang diperolehi sepanjang belajar di NYFA nanti akan saya kongsikan dengan rakan-rakan dalam industri dan seterusnya bersama memberikan sumbangan kepada industri seni tanah air.

“Saya tidak mahu jadi pelakon yang datang kerja, dapat bayaran, dikenali ramai kemudiannya berakhir di situ. Sebaliknya saya mahu melakukan sesuatu yang lebih positif bukan hanya untuk industri tetapi juga kepada masyarakat amnya menerusi penglibatan saya sebagai anak seni,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sangeeta baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem tebaharunya, Daulat, selain penglibatan di belakang tabir sebagai penerbit eksekutif filem Adiwiraku 2.

Artikel Berkaitan: