Empat buah rumah kongsi musnah terbakar

Anggota bomba yang bertugas meninjau kawasan kebakaran yang berlaku pagi tadi. - Foto JBPM Kuala Lumpur
Anggota bomba yang bertugas meninjau kawasan kebakaran yang berlaku pagi tadi. - Foto JBPM Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat buah rumah kongsi di tapak pembinaan berhampiran Masjid Ar- Rahah Jalan Kerinchi Kiri 2, Kampung Kerinchi musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, bagaimanapun kejadian pada jam 8.53 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Kebakaran berkenaan menyebabkan kawasan berkeluasan 100x40 kaki persegi musnah 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Empat buah rumah kongsi di tapak pembinaan berhampiran Masjid Ar- Rahah Jalan Kerinchi Kiri 2 yang musnah dalam kebakaran pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Kuala Lumpur
Empat buah rumah kongsi di tapak pembinaan berhampiran Masjid Ar- Rahah Jalan Kerinchi Kiri 2 yang musnah dalam kebakaran pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Kuala Lumpur

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.23 pagi.

"Buat masa ini kami masih menyiasat punca kejadian itu," katanya.

Artikel Berkaitan: