Pemilik RXZ berkumpul di Kuala Nerus esok

Hishamuddin memuat naik gambarnya menunggang motosikal RXZ berwarna kuning di Facebook miliknya.
Hishamuddin memuat naik gambarnya menunggang motosikal RXZ berwarna kuning di Facebook miliknya.
A
A
A

KUALA NERUS - Ribuan pemilik motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara berpeluang mencatat sejarah tersendiri apabila perhimpunan motosikal terbesar jenama itu akan berlangsung di sini esok.

Program 'We Are RXZ Member 3.0' buat kali ketiga diadakan di Terengganu itu bakal diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Negeri di sini dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Program itu turut menarik perhatian Timbalan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim yang meminta peserta sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

Beliau turut meminta peserta terbabit agar sentiasa berhati-hati menunggang motosikal masing masing di sepanjang perjalanan selain tidak melupakan tanggungjawab menunaikan solat.

"Tak dok nak pesan apa, hala mari dan hala balik kekgi (nanti) mintak selamat belaka dalam perjalanan. Jadinya, kena hati-hati memandu.

"Masuk waktu solat kekgi (nanti), carilah masjid, surau dulu singgah solat. Ambik berkat masjid, surau kita singgah. Kalu mari jauh, jamak dan qasarlah solat.

"Time berarok, ingat ke pengguna jalan raya lain..hormat pengguna lain.. Patuhi undang-undang jalanraya. Terik (kali) ni, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan beri sokongan penuh dan terlibat sama dalam event ni," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Facebooknya.

Bagaimanapun katanya, walaupun program berkenaan mendapat sokongan pihak berkuasa, namun peserta tidak boleh melanggar peraturan lalu lintas selain perlu sentiasa menghormati pengguna jalan raya lain.

Artikel Berkaitan: