39 gula-gula 'Ghost Smoke' dirampas

Gula-gula 'Ghost Smoke' yang ditemui di sebuah kedai runcit di Benut sewaktu operasi dijalankan PPDNHEP Pontian.
Gula-gula 'Ghost Smoke' yang ditemui di sebuah kedai runcit di Benut sewaktu operasi dijalankan PPDNHEP Pontian.
A
A
A

PONTIAN - Sebanyak 39 unit gula-gula 'Ghost Smoke' ditemui sewaktu pemeriksaan dilakukan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pontian ke atas sebuah kedai runcit di Benut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, kedai runcit merupakan antara 25 premis yang diperiksa di daerah ini menerusi operasi sejak semalam.

"Berdasarkan maklumat, gula-gula 'Ghost Smoke' dijual kepada peruncit sekitar RM7.50 sekotak. Harga jualan kepada pelajar pula 50 sen seunit.

"Sumber bekalan gula-gula diperoleh peruncit terbabit sedang disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: