Sila log masuk terlebih dahulu.

DBKL tutup empat premis pelacuran

Anggota penguatkuasa sedang berusaha memecahkan pintu salah sebuah premis menerusi operasi bersepadu itu yang dijalankan sekitar Kuala Lumpur. (Gambar kecil, Antara barangan yang dirampas dalam operasi bersepadu yang turut disertai beberapa agensi berkaitan. Foto - DBKL)
Anggota penguatkuasa sedang berusaha memecahkan pintu salah sebuah premis menerusi operasi bersepadu itu yang dijalankan sekitar Kuala Lumpur. (Gambar kecil, Antara barangan yang dirampas dalam operasi bersepadu yang turut disertai beberapa agensi berkaitan. Foto - DBKL)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menutup empat premis yang menjalankan sindiket pelacuran.

Tindakan itu diambil selepas Operasi Tindakan Khas Premis yang dijalankan secara bersepadu bersama beberapa agensi berkaitan.

Menurut sumber Unit Media DBKL, operasi yang dijalankan di Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Lebuh Pudu, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun H.S. Lee dan Jalan Hang Kasturi itu turut mengesan lebih daripada 60 buah bilik yang dijadikan sarang pelacuran warga asing.

Beliau berkata, premis-premis ini juga turut menjadi tumpuan pelanggan khususnya pada setiap hujung minggu atau cuti umum.

"Selain itu, DBKL juga mengambil tindakan penguatkuasaan melibatkan sitaan 35 pelbagai barangan aktiviti pelacuran seperti komputer riba, kondom, monitor kamera litar tertutup (CCTV), pemain cekera padat digital (DVD Player), cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU), televisyen dan beberapa peralatan lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota penguatkuasa DBKL memecahkan binaan bilik yang dibuat dalam premis terbabit bagi menjalankan aktiviti pelacuran. Foto - DBKL
Anggota penguatkuasa DBKL memecahkan binaan bilik yang dibuat dalam premis terbabit bagi menjalankan aktiviti pelacuran. Foto - DBKL

Difahamkan, operasi bersepadu itu turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam pada itu, sumber DBKL berkata, pihaknya turut mengeluarkan dua notis kompaun terhadap premis terlibat menerusi operasi terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 mengikut bidang kuasa DBKL," katanya.

Dalam perkembangan sama, sumber berkenaan mendedahkan polis turut menahan lima warga asing yang didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Selain itu, katanya Imigresen juga membuat dua tangkapan terhadap warga asing yang dipercayai telah menyalahgunakan permit kerja.

"KPDNHEP juga mengeluarkan tujuh notis anti pencatutan menerusi operasi ini," katanya.