Karangkraf terima kunjungan Imam Masjid Ashabul Kahfi

Hussamuddin (kiri) menyerahkan senaskhah al-Quran terbitan Karya Bestari kepada Almuatasembellah di Kompleks Karangkraf.
Hussamuddin (kiri) menyerahkan senaskhah al-Quran terbitan Karya Bestari kepada Almuatasembellah di Kompleks Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Media Karangkraf menerima kunjungan Imam Almuatasembellah Mohammad Alhnaity yang merupakan Iman Masjid Ashabul Kahfi, Jordan di sini hari ini.

Kunjungan beliau turut dihiasi dengan tazkirah mengenai pengajaran surah al-Kahfi.

Dalam tazkirah berkenaan, Almuatasembellah menekankan kebaikan memilih rakan dan kelebihan membaca surah al-Kahfi.

Tazkirah daripada Almuatasembellah mengenai pengajaran surah al-Kahfi.
Tazkirah daripada Almuatasembellah mengenai pengajaran surah al-Kahfi.

“Nabi berpesan bila kita memilih kawan yang baharu, maka kesudahannya adalah kebaikan. Apabila kita memilih kawan-kawan yang salah, maka kita akan menuju ke arah yang salah.

“Umpamanya seperti kita berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, maka hasilnya wangian datang kepada kita. Bagaimanapun, kalau kita berkawan dengan penjual besi, maka karat-karat besi itu akan melekat pada kita,” katanya berdasarkan tazkirah yang diterjemahkan oleh Editor Al-Quran Karya Bestari, Muhammad Khairul Amir.

Kunjungan beliau diraikan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohamed Izam Mohamed Yusof; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Baharom Mahusin; Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abd Jalil Ali dan Pengarang Eksekutif Cetak, Azmi Tarmizi.Dalam kunjungan itu, beliau turut meluangkan masa di Rumah

Mengaji di bangunan Sinar Harian serta diberi keterangan berkenaan kempen #World QuranHour yang dijayakan Karangkraf. Beliau juga mengimamkan solat Zuhur di Masjid Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Imam Masjid Ashabul Kahfi itu turut dibawa melawat kilang percetakan akhbar Sinar Harian, al-Quran, majalah, novel dan buku-buku pendidikan terbitan Karangkraf.