Berhenti kerja demi jaga suami, anak sakit

Ghazali menerima sumbangan daripada Komuniti Amal Jerai.
Ghazali menerima sumbangan daripada Komuniti Amal Jerai.
A
A
A

YAN - Seorang isteri terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan suaminya yang menderita kencing manis kronik dan dua anak yang mengalami masalah kesihatan.

Noreha Ahmad, 35 yang sebelum ini membantu pendapatan keluarga terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan suaminya, Ghazali Ismail, 46 dan dua anaknya yang sakit termasuk seorang yang menghidap penyakit jantung.

Akibat penyakit kencing manis, penglihatan Ghazali menjadi kabur menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan tidak mampu menguruskan diri.

Penderitaan dihadapi keluarga ini mendapat perhatian Komuniti Amal Jerai apabila wakilnya, Azmawati Azzmi menziarahi mereka di rumahnya di Kampung Dulang di sini semalam.

Azmawati berkata, sumber pendapatan keluarga ini terhenti apabila Noreha terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan keluarga.

"Kini, mereka tinggal bersama kakak dan ibu mertua Ghazali yang juga merupakan ibu tunggal dan warga emas.

"Kakak Ghazali yang merupakan ibu tunggal mempunyai dua anak dan hanya bekerja sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

"Bilangan ahli keluarga yang padat menyukarkan perbelanjaan keluarga ini kerana mereka semua hanya bergantung kepada kakaknya.

Artikel Berkaitan:

"Diharapkan dengan kehadiran pihak kami yang memberikan sedikit sumbangan dapatlah meringan beban yang ditanggung oleh keluarga ini," katanya.