Perjalanan Yusof Haslam tidak seindah seperti disangka

 Yusof Haslam
Yusof Haslam
A
A
A

SHAH ALAM - Meskipun kini bergelar pengarah dan penerbit filem tersohor, perjalanan Datuk Dr Yusof Haslam untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah indah seperti yang disangka.

Ketika beliau meluahkan hasrat untuk menjadi ‘bintang filem’, ramai orang termasuk arwah bapanya membantah cita-cita Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd itu.

Menurutnya, bapanya menyuruh beliau mencari kerja lain yang lebih stabil kerana industri perfileman pada waktu itu tidak mampu menjamin masa depan yang lebih baik.

“Masa sekolah dulu bila saya kata nak jadi bintang filem, satu kelas gelakkan saya. Cikgu pun kata cari kerja lain seperti doktor dan sebagainya sebab jadi bintang filem masa depan tidak menentu.

“Selepas habis belajar, saya bekerja sebagai konduktor bas dalam 10 bulan. Dalam waktu itu juga, saya ada mendapat tawaran berlakon di bawah arahan Jamil Sulong bersama Uji Rashid.

“Selepas 10 bulan saya buat keputusan untuk berhenti. Bila saya berhenti dan masuk dunia perfilemen, baru saya tahu ia indah khabar dari rupa. Itu pada zaman itulah, bukan pada zaman sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar ke-118 bertajuk Realiti Kehidupan Artis: Betul-betul Kaya Atau Sekadar Bergaya Kaya di Auditorium Karangkraf di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: