Penyokong Perak tak rela kempunan tiket

Antara penyokong Perak yang berkumpul di hadapan pintu masuk E, malam tadi.
Antara penyokong Perak yang berkumpul di hadapan pintu masuk E, malam tadi.
A
A
A

IPOH - Biarpun difahamkan kaunter tiket hanya dibuka mulai 10.30 pagi hari ini, namun penyokong Perak sudah mula berkumpul di hadapan pintu masuk Stadium Perak, sejak malam tadi.

Difahamkan, kesemua penyokong berkenaan berkumpul di hadapan kaunter tiket agar tidak terlepas peluang mendapatkan tiket bagi menyaksikan aksi final Shopee Piala FA 2019 antara Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Malah, keadaan itu ditambah dengan kenyataan Menteri Besar Perak yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seorang penyokong hanya boleh mendapatkan hanya dua keping tiket sahaja.

Sekali gus, ia menyaksikan tiada jalan pintas bagi mana-mana pihak seperti exco mahupun tetamu kehormat memperoleh bagi menonton aksi final berkenaan.

Penyokong Perak sanggup menunggu depan Stadium Perak sejak malam tadi untuk dapatkan tiket final Piala FA 2019 yang mula dijual pagi ini.
Penyokong Perak sanggup menunggu depan Stadium Perak sejak malam tadi untuk dapatkan tiket final Piala FA 2019 yang mula dijual pagi ini.

Malah difahamkan, PAFA turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi memastikan penjualan tiket kali ini dilaksanakan secara telus.

Tiket-tiket berharga RM50 bagi dewasa serta RM5 (kanak-kanak) bawah 12 tahun boleh mula mendapatkan tiket mulai 10.30 pagi hingga 3.30 petang di kaunter tiket Stadium Perak.

Selain Stadium Perak, kaunter jualan tiket akan dibuka Gerik, Kuala Kangsar, Parit Buntar dan Manjung, Tapah, Bagan Datuk, Kampung Gajah, Tanjung Malim dan Teluk Intan mulai 10 pagi hingga 5.00 petang atau sehingga tiket diperuntukkan di kawasan berkenaan habis dijual.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun sekiranya masih ada tiket yang belum dijual hari ini selepas tamat tempoh yang dibeikan, ia masih boleh didapati hanya di kaunter tiket Stadium Perak, Ipoh sahaja pada 24 Julai 2019.

Untuk rekod, sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada Perak dengan 15,000 tiket akan dijual di Stadium Perak, Ipoh manakala 12,000 tiket akan diagihkan di seluruh daerah manakala baki 3,000 tiket akan dijual kepada penaja serta jabatan kerajaan yang berkaitan.