Avengers: Endgame atasi Avatar

No Image Caption
A
A
A

SETELAH 10 tahun memegang takhta filem paling tinggi kutipan box-office, naskhah sains fiksyen arahan James Cameron iaitu Avatar, terpaksa akur untuk memberi laluan kepada Avengers: Endgame.

Sabtu lalu, filem terbitan Disney dan Marvel Studios itu telah mencatat kutipan $2.7902 billion mengatasi Avatar dengan kutipan $2.7897 billion.

Pengerusi bersama Disney yang juga Ketua Pegawai Kreatif, Alan Horn dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada seluruh team produksinya kerana berjaya mencipta satu sejarah baharu dalam industri perfileman.

"Tahniah kepada pasukan besar Marvel Studios dan Walt Disney Studios, dan terima kasih kepada para peminat di seluruh dunia yang mengangkat 'Avengers: Endgame' ke tahap bersejarah ini.

No Image Caption

"Sudah tentu, walaupun lebih sedekad, impak Avatar masih kekal kukuh, dan pencapaian menakjubkan kedua-dua filem ini membuktikan kekuatan sesebuah filem untuk membawa penonton bersama dalam dalam satu penerokaan berbeza," katanya seperti dilaporkan beberapa media antarabangsa.

Avengers: Endgame mula ditayangkan di Malaysia pada 22 April lalu menampilkan gabungan bintang terkenal seperti Robert Downey Jr. sebagai Iron Man, Chris Evans (Captain America), Brie Larson (Captain Marvel), Chris Hemsworth (Thor), Scarlett Johansson (Black Widow), Mark Ruffalo (Hulk) dan Paul Rudd (Ant-Man).

Dua bulan selepas itu Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengumumkan Avengers: Endgame akan ditayangkan semula dengan versi 'end credit' seperti kebiasaannya.

Artikel Berkaitan:

Biarpun ada sesetengah pihak melihat ia adalah usaha sukar buat Marvel sekiranya mahu mengatasi kutipan Avatar, namun kini Marvel sudah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai.