Kakitangan JKR maut rempuh belakang lori

KUALA SELANGOR - Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di Kilometer 9.5 Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), berhampiran Ijok pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, mangsa, Ahmad Shaid Mohtar, 33, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang Yamaha Y15 dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar lori membawa muatan besi keluli yang bergerak perlahan di lorong kiri.
"Ketika kejadian, struktur jalan lurus dan mendaki manakala cuaca berada dalam keadaan baik.