1,133 kawasan alami gangguan air hari ini

Pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan operasi dan memberi kesan kepada lebih sejuta pengguna.
Pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan operasi dan memberi kesan kepada lebih sejuta pengguna.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sekali lagi terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.

Ia berikutan pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor yang menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3) serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang terpaksa dihentikan operasi hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan bekalan ini merupakan insiden kedua dalam tempoh tiga hari melibatkan penutupan kempat-empat LRA yang menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan.

Menurutnya, pelanggan terjejas termasuk di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

"Pihak kami mengesan pencemaran minyak diesel di muka sauk LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

"Berikutan insiden pencemaran ini, keempat-empat LRA terpaksa dihenti tugas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan operasi dan memberi kesan kepada lebih sejuta pengguna.
Pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan operasi dan memberi kesan kepada lebih sejuta pengguna.

Beliau berkata, pihaknya telah melaporkan insiden pencemaran kepada pihak berkuasa dan mendapati punca pencemaran disebabkan aktiviti pengorekan pasir di hulu sungai.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, pihaknya tidak dapat memastikan jangka masa pemulihan sekiranya insiden pencemaran sumber air mentah kembali berulang, namun berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang insiden.

Jumaat lalu, lebih sejuta pengguna berdepan masalah gangguan bekalan air lebih 24 jam akibat pencemaran bau di Sungai Liam, Batang Kali.

Proses pemulihan bekalan mencapai tahap hampir 97 peratus hingga jam 6 petang tadi.

Bagaimanapun, pengguna di tujuh wilayah itu kini terpaksa berdepan gangguan bekalan air sekali lagi hingga satu tempoh yang tidak dapat dipastikan.