KPM, KPDNHEP kerjasama bendung jualan vape di sekolah

Gambar hiasan. Foto sumber internet
Gambar hiasan. Foto sumber internet
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membendung penjualan rokok elektronik atau vape di sekolah.

Menerusi satu kenyataan, KPM memandang serius isu jualan bahan-bahan terlarang seperti vape kepada murid-murid sekolah seperti yang ditularkan beberapa hari sebelum ini.

"Hasil daripada pemantauan dan aduan yang diterima, KPM mendapati jualan bahan-bahan tersebut adalah diluar kawasan sekolah.

"Sehubungan dengan itu, bagi memastikan perkara ini tidak berleluasa, KPM akan berkerjasama erat dengan KPDNHEP untuk membendung jualan bahan-bahan terlarang ini terutamanya kepada murid-murid sekolah," katanya di sini hari ini.

Minggu lalu, kecoh apabila sekeping gambar kelihatan seorang pelajar perempuan sedang menghisap vape tular di media sosial sekali gus undang kebimbangan kalangan ibu-bapa.

Dalam pada itu, KPM turut mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memberi pendedahan tentang larangan membeli dan bahaya penggunaan bahan-bahan ini daripada sudut kesihatan, selain mengingatkan ibu bapa untuk memantau kegiatan anak-anak yang menjurus ke arah menghisap vape.

ARTIKEL BERKAITAN: MCTC konsisten desak kerajaan haramkan vape

Tangani segera isu pelajar hisap vape

Artikel Berkaitan: