X

Kindly register in order to view this article
!

Hilang ibu, adik-adik sekelip mata

Nordina (kanan) kelihatan sugul ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HTAA.
A
A

KUANTAN - "Saya kehilangan mak dan adik-adik sekelip mata. Harapan sekarang ayah segera sembuh," kata Nordina Hairul, 15, anak sulung mangsa yang maut dalam kebakaran di Sungai Isap awal pagi tadi.

Nordiana berkata, ketika kejadian dia berada di rumah ibu saudara di Indera Mahkota dan terkejut serta tidak menyangka kebakaran itu mengorbankan ibu dan dua adiknya.

"Kali terakhir saya jumpa ibu dan adik-adik ialah pada Jumaat lalu. Tiada sebarang perubahan ditunjukkan atau petanda.

"Sejak kecil saya tinggal berasingan tetapi arwah tetap ibu kandung saya," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga terkorban kebakaran babit empat buah rumah

Menurutnya, apa yang diharapkan sekarang bapanya, Hairul Khalid, 38 yang dilaporkan kritikal segera sembuh.

"Memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata keadaan sekarang. Saya harap ayah yang masih dirawat berada dalam keadaan stabil," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi tadi, Syarifah Azlina Syed Kassim, 37, bersama dua anaknya, Muhammad Haikal Hakimi Hairul, 11 dan Muhamad Adam Daniel Hairul, 7, ditemukan rentung selepas rumah didiami mereka terbakar.

Seramai tiga mangsa parah, seorang cedera manakala seorang lagi kanak-kanak berusia 6 tahun terselamat dalam kejadian kebakaran membabitkan empat buah rumah itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus