Nampak mangsa tepi tingkap cuba selamatkan diri

Ahmad Adib menunjukkan lokasi dia melihat mangsa menjerit meminta tolong dan cuba menyelamatkan diri.
A
A

KUANTAN - "Saya hanya mampu tengok mangsa berlari-lari di tepi tingkap cuba selamatkan diri," kata Ahmad Adib Mohd Rowaisham, 14, yang menyaksikan tragedi kebakaran meragut tiga nyawa di Sungai Isap 2, awal pagi tadi.

Ahmad Adib pada awalnya dia terdengar jeritan kuat meminta tolong namun sebelum panik kerana melihat api marak dan asap hitam keluar dari rumah itu.

 Lakaran rumah tiga mangsa maut dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah.
Lakaran rumah tiga mangsa maut dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah.

Menurutnya, dia berada di rumah ibu bapanya manakala adik-adiknya berada rumah neneknya yang turut terbakar.

"Saya baru bangun tidur dan terdengar bunyi bising dan orang jerit minta tolong. Saya sangkakan orang bergaduh rupa-rupanya rumah terbakar.

"Saya nampak mereka berlari-lari di tepi tingkap cuba menyelamatkan diri tetapi saya tidak mampu menolong kerana api sangat besar," katanya.

Ahmad Adib berkata, dia segera memberitahu kejadian kepada kedua ibu bapa sebelum membantu mengeluarkan dokumen penting.

"Memang sangat kelam kabut dan saya panik. Ayah pula hubungi bomba kerana tidak mampu nak padam api marak.

"Saya bantu keluarkan adik-adik di rumah nenek yang dengan dengan rumah kami dan sebahagian rumah nenek saya juga tebakar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga terkorban kebakaran babit empat buah rumah

Agong rakam ucapan takziah tragedi rumah terbakar


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia