Peguam Sultan Kelantan sahkan Rihana Oksana dicerai talak tiga

Peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan.
Peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.

Menurut Tien Hua, firma guamannya sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana.

Pengesahan terbaru itu sekali gus menjawab pelbagai teka-teki melibatkan status perkahwinan Sultan Muhammad V dengan Rihana.

“Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V. Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

“Kami juga memohon semua pihak menghormati privasi baginda,” katanya melalui firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura.

Spekulasi penceraian Sultan Muhammad V dengan Rihana bermula selepas sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri tersebar.

Bagaimanapun Rihana pagi tadi memaklumkan kepada sebuah portal berita bahawa secara peribadi dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.

Artikel Berkaitan: