Maut akibat langgar babi melintas jalan

Superintendan Ismail Che Isa
Superintendan Ismail Che Isa
A
A
A

LENGGONG - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terlanggar seekor babi hutan di Jalan Lama Sumpitan, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, Mohd Faizul Sharifudin, 37, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 seorang diri dari arah simpang Kampung Sumpitan menghala ke rumahnya di Kampung Gua Badak, di sini.

"Tiba di tempat kejadian, mangsa terlanggar seekor binatang dipercayai babi hutan yang melintas secara tiba-tiba.

"Mangsa yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Ismail berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: