Tomok kongsi gambar anggota New Boyz, peminat teruja

No Image Caption
A
A
A

IMPIAN peminat-peminat New Boyz untuk melihat kumpulan tersebut kembali beraksi nampaknya bakal menjadi kenyataan.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh vokalis kumpulan tersebut iaitu Tomok, dia memberitahu segalanya sudah hampir lengkap.

"Hampir lengkap, berikan kami sedikit masa lagi, Insya-ALLAH Sejarah Mungkin Berulang!!! New Boyz," tulisnya.

No Image Caption

Dalam video pendek yang dimuat naik itu menyaksikan Tomok bersama dengan bekas anggota New Boyz iaitu Shahrizan Mat Saleh (Jay), Mazlan Ismail (Lan), Mat Shah Mat Salleh (Along), Radin Irwan Dzulkarnain Isagani (Zack) dan anggota terkini New Boyz iaitu Ridza Faitullah (Rizz) dan Wan Muzaffar (Ristoe).

Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui tidak sabar untuk menantikan kemunculan semula New Boyz dan mendoakan agar mereka dapat mengembalikan zaman kegemilangan kumpulan itu semula.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang mengharap bekas pemain bass kumpulan tersebut iaitu Mohd Syukri bin Mohd Shanushi (Syuk) akan turut menyertai mereka.

Kumpulan New Boyz ditubuhkan pada tahun 1999 dan hit dengan lagu mereka Sejarah Mungkin Berulang.

Artikel Berkaitan:

Ketika itu, kumpulan ini dianggotai oleh Tomok, Jay, Lan, Along dan Syuk, sebelum anggota kumpulan mereka mula bertukar seorang demi seorang.

New Boyz pernah menghasilkan lapan album sepanjang penglibatan mereka dalam industri hiburan.

Antara lagu popular mereka seperti Hanya Tinggal Sejarah, Meraung, Qiam dan Putus.