Black, Abam beraksi malam ini tanpa Achey

Achey, Abam dan Black (Kumpulan Botak).
Achey, Abam dan Black (Kumpulan Botak).
A
A
A

MUZIKAL Lawak Superstar malam ini menyaksikan kumpulan Botak yang dianggotai oleh Black, Abam dan Achey beraksi berdua sahaja.

Achey tidak akan turut serta pada malam ini kerana menguruskan tahlil ayah mentuanya Yahya, 64, yang telah meninggal dunia malam tadi di Tangkak, Johor. Jenazah telah dikebumikan pada jam 10 pagi tadi.

Menurut Black, dia risau dengan dirinya pada malam ini.

“Abam dah biasa tak apa” ujarnya ringkas namun masih yakin dia dan Abam akan lakukan yang terbaik buat peminat.

Sementara itu, di Instagram Achey pula memberitahu bahawa mereka telah mengubah persembahan pada malam ini kerana ketiadaannya.

Suasana di pemkebumian ayah mentua Achey.
Suasana di pemkebumian ayah mentua Achey.

“Sementara kami semua menunggu ketibaan ahli keluarga lain, saya, @black.hanifah dan @abam_bocik sempat mengubah persembahan malam ini di atas ketiadaan saya.

“Memang satu pengalaman indah yang akan aku tanamkan dalam sejarah hidupku... ‘tanggungjawab’ tetap akan ditunaikan oleh mereka berdua.

Artikel Berkaitan:

”Posting ini bukan meraih simpati. Tak bagus mereka, atas kertas tetap tak bagus tapi bagus mereka,atas usaha bersama serta keizinannya,” tulis Achey

Tambah Achey, rakannya itu bukan datang untuk ‘repair’ sketsa tetapi pada mulanya hanya datang kerana niat menziarahi.

”Terus menyokong sahabat-sahabat lain juga di #muzikallawaksuperstar. Terima kasih atas doa-doa anda,” katanya lagi.