Pak belang berkeliaran di Bukit Besi

Harimau belang yang dipercayai sesat ini tidak mempedulikan kehadiran kenderaan.
Harimau belang yang dipercayai sesat ini tidak mempedulikan kehadiran kenderaan.
A
A
A

DUNGUN - Gempar. Seekor harimau belang yang dipercayai sesat dari hutan muncul dan berkeliaran di sekitar kawasan halaman rumah penduduk dan kawasan jalan raya di Bukit Besi, di sini, hari ini.

Kehadiran raja rimba itu itu sempat dirakam penduduk dan pengguna jalan raya sebelum rakaman video dan gambar kejadian itu tular di media sosial.

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat itu, harimau belang berkenaan merayau-rayau di kawasan jalan raya.

Menjadi persoalan penduduk di situ apabila si pak belang ini tidak terkejut atau bertindak agresif ketika hon dibunyikan.

No Image Caption

Sinar Harian mendapatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu bagi mendapatkan penjelasan mengenai haiwan liar ini yang 'gelagatnya' menakutkan penduduk setempat.

Pengarahnya, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung kejadian itu daripada penduduk kampung pada jam 11.30 pagi tadi.

"Kakitangan Perhilitan segera dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan usaha menangkap haiwan liar itu sejurus menerima aduan mengenainya.

Artikel Berkaitan:

"Harimau itu tidak lari ketika didekati kenderaan, tetapi kita masih tidak dapat pastikan sama ada ia jinak atau tidak," katanya.

No Image Caption

Abdul Malik berkata, berkata, buat masa ini Perhilitan sedang lakukan usaha untuk menangkap harimau belang terbabit.

"Setakat ini juga belum dapat mengenal pasti dari mana harimau belang itu datang.

"Kita juga sedang lakukan siasatan untuk mengetahui dari kawasan mana harimau belang itu datang," katanya.