Pertambahan kerusi DUN Sabah

DUN Sabah
DUN Sabah
A
A
A

KOTA KINABALU - Keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi menambah 13 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan mewujudkan lebih ramai pemimpin dari Sabah, kata ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Beliau berkata, keputusan ini juga akan dapat memberi khidmat dan mendekati lebih ramai orang memandangkan penduduk Sabah telah meningkat dan memerlukan lebih ramai wakil bagi mengetengahkan keperluan mereka untuk perhatian kerajaan.

“Ini suatu yang baik untuk semua dan ada kerusi yang mempunyai lebih daripada 25,000 hingga 30,000 pengundi, yang sepatutnya dibahagikan,” katanya di sini, hari ini.

Poon berkata, tambahan kerusi itu mencerminkan keikhlasan dan komitmen kerajaan untuk membantu orang ramai di negeri yang kedua terbesar di Malaysia.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU bagi menambah jumlah kerusi DUN di Sabah, yang mendapat sokongan semua 158 ahli Parlimen yang hadir di Dewan termasuk penggubal undang-undang dari Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: