RM51 juta naik taraf jalan Hulu Selangor

June Leow Hsiad Hui
June Leow Hsiad Hui
A
A
A

HULU SELANGOR - Jabatan Kerja Raya (JKR) memperuntukkan hampir RM51 juta melalui lima projek naik taraf jalan dan jambatan di daerah ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Lima projek tersebut melibatkan penggantian dan melebarkan jambatan di Sungai Batang Kali dengan kos kontrak sebanyak RM24,259,596.72 yang kini 30 peratus dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2020.

Bagi projek menggantikan jambatan Sungai Kerling kini mencapai kemajuan 97 peratus dalam pembinaan dan dijangka siap akhir Julai ini dengan kos kontrak RM6,451,160.

Projek penggantian jambatan sedia ada di Sungai Selangor pula melibatkan kos RM10,468,319.35 siap pada 29 Januari 2018.

Sementara projek menggantikan jambatan sedia ada di Sungai Chiling dengan kos RM4,759,044.90 siap sepenuhnya pada 1 Ogos 2018.

Projek menggantikan jambatan sedia ada di Sungai Kumbang pula siap pada 21 November 2018 membabitkan kos RM5,005,933.74

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian ketika menjawab soalan mengenai isu infrastruktur di Hulu Selangor pada Sidang Parlimen petang tadi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, kerja naik taraf infrastruktur perlu diutamakan di daerah ini bagi menarik lebih ramai pelabur terutama di kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Serendah.

Menurutnya, bagi tahun ini, sebanyak RM8.6 juta diperuntukkan bagi program penyelenggaraan berkala Jalan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun pihak kementerian memaklumkan bahawa kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT01 tidak diluluskan Agensi Pusat dalam tempoh Rolling Plan 1, RMK-11," katanya.

Justeru June Leow menegaskan beliau akan terus berusaha supaya permohonan untuk menaik taraf Jalan FT01 dari Sungai Choh ke Hulu Bernam mendapat perhatian kerajaan.

Menurutnya, laluan berkenaan perlu dilebarkan daripada dua lorong sedia ada kepada empat lorong demi kelestarian dan keselamatan pengguna jalan raya.

"Kemudahan asas dapat menarik lebih ramai pelabur menjana peluang pekerjaan dan ekonomi Hulu Selangor," katanya.